PENGENALAN PROJEK
         
       Sejarah Long Jaafar   tidak asing lagi dalam sejarah Negeri Perak. Beliau telah membuka Larut dengan penemuan bijih timah di Klian Pauh pada akhir tahun 1840-an. Beliau juga telah diisytiharkan sebagai pemerintah Negeri Larut oleh Raja Muda Ngah Ali (Raja Muda Perak) pada tahun 1850. Ketika bijih mula dieksport pada tahun 1848 beliau membina kota yang terletak di Bukit Gantang di sebuah kawasan seluas 22 ekar berupa kubu pertahanan, pusat pentadbiran dan gudang serta rumah kediamannya. Kubu tersebut juga merupakan benteng terakhir dalam mempertahankan Perak daripada serangan Siam , malah menjadi laluan penting ke Kuala Kangsar ketika itu. Long Jaafar meniggal dunia pada 1857 dan dikebumikan di dalam kawasan kota yang dibinanya itu.
    
       Majlis Pengkisan Sejaran “Long Jaafar” cuba mengungkapkan peranan penting Long Jaafar di dalam sejarah penubuhannya, peninggalan warisan sejarah bandar, sosial dan ekonomi.

                                                         BACK