| |
|
Membudayakan
tulisan jawi adalah satu titik tolak kearah kebangkitan kembali penggunaan
tulisan jawi oleh masyarakat umum dalam kehidupan seharian.Pendedahan
kearah penggunaan, pembacaan harus dimulakan supaya dapat menggalak dan
mengembangkan penggunaan tulisan jawi dalam segala urusan dan kehidupan
harian.Pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi harus dikembangkan dengan
lebih berkesan melalui menganjurkan pelbagai kegiatan untuk meningkatkan
rasa cinta kepada tulisan jawi di kalangan masyarakat. Kesedaran perlu
diserap dalam usaha menghidupkan semula penggunaan tulisan jawi yang
berada ditahap kritikal dimana jumlah yang boleh menulis jawi serta
menghayatinya semakin merosot. Usaha mengembalikan kegemilangan dan
kemahsyuran tulisan jawi haruslah dipergiatkan. |
|
|
|
|